Wednesday, July 29, 2009

Sejarah SJK (T) Desa Cemerlang





Pada tahun 1954, Sekolah ini mula beroperasi. Pengajaran dan pembelajaran dijalankan di sebuah bangunan kecil. Bangunan ini juga digunakan sebagai tadika kanak-kanak ladang. Pada peringkat awal ( 1954 -1960), sekolah ini dikenali SJK (T) Ladang REM.DIVISION 1, ULU TIRAM, JOHOR. Sekolah ini dihak milik oleh kerajaan Negeri Johor pada tahun 1954 dan dimulakan dengan seorang guru dan 20 orang murid.
Dengan daya usaha dan tanggungjawab guru-guru yang tidak berbelah bahagi sekolah ini telah menampakkan peningkatan dalam tahun 1958. Dalam tahun ini, jumlah murid telah meningkat dan bilangan guru telah bertambah kepada empat orang.
Pada tahun 1961, Kementerian Pendidikan Malaysia telah memperuntukkan wang sebanyak RM 22 000 bagi tujuan membina bangunan baru yang lebih sesuai di tapak yang baru. Bangunan baru ini mempunyai empat buah bilik darjah yang boleh mengubahsuaikan mengikut bilangan murid di setiap kelas. Pada 20.10.1962 pembukaan bangunan baru dirasmikan oleh En.S.A.J.Ponniah JMN.PIS. Semasa itu sekolah ini mempunyai guru seramai 7 orang dan murid sebanyak 96 orang.
Pada tahun 1970 ,sebuah bilik tambahan dibina untuk kegunaan pejabat sebagai bilik guru besar. Dari semasa ke semasa pembinaan pengubahsuaian bilik bagi tujuan kantin, bilik guru, bilik stor dan sebagainya telah diadakan. Usaha telah dibuat untuk masukkan air paip dan elektrik..Dua bilik tandas juga telah dibina bagi menggantikan yang lama dengan peruntukkan sebanyak RM 9 500 dari ADUN Kawasan Tenggaruh Kluang.YB A.Singgatore dan sumbangan PIBG sebanyak RM 2 500.Pada tahun 2001 pertambahan murid meningkat menjadi 400 orang dan tenaga pengajar pula bertambah kepada 23 orang. Pada tahun ini pengubahsuaian sebuah bilik darjah kepada bilik komputer dan pengubahsuaian kantin diadakan . Pada tahun 2002 pula sekolah ini di naik taraf ke sekolah Gred ‘A’. Bilangan murid semakin meningkat kepada 430 orang dan bilik darjah tidak mencukupi.
Maka pada tahun 2002 atas bantuan peruntukkan sebanyak RM 20 000 daripada MIC Negeri Johor dapat membina sebuah bilik darjah. Pada tahun 2003, bangunan tambahan dibina untuk menampung Guru-guru Penolong Kanan seramai 4 orang dengan peruntukkan sebanyak RM 15 000 daripada YB Dato K.S.Balakrisnan. Pada 2004 sebuah makmal sains dibina dengan peruntukkan sebanyak RM 30 000 atas daya usaha Dato K.S.Balakrisnan. Begitu juga peralatan pejabat dan makmal sains peruntukkan sebanyak RM 3 000 oleh MIC Bahagian Tebrau En.Sooria Narayanan.
Sejak tahun 2002, SJK(T) Desa Cemerlang semakin meningkat dari segi keceriaan, prestasi dan juga bilangan murid serta tenaga pengajar. Jumlah murid sekolah pada masa itu sebanyak 434 orang dan tenaga pengajarnya seramai 32 orang.
Pada tahun 2006 sekolah mengatasi masalah kekurangan bilik darjah kerana peningkatan kemasukan murid yang yang ramai. Rancangan untuk membina bangunan tambahan 4 tingkat telah mula dibina dengan kos RM 2.2 juta. Pada 16.11.2006, Y.B. Dato Sri S.Samy Vellu telah melawat ke sekolah ini. Kunjungan beliau adalah hasil dari jemputan PIBG sekolah ini untuk melihat keadaan sebenar sekolah dan beliau memberi jaminan untuk membina bangunan 4 tingkat. Beliau juga telah menyumbang sebanyak RM 500 000.00.YB Dato K.S.Balakrishnan pula menyumbang RM 500 000.00 melalui Kerajaan Negeri Johor.
Kini, Bangunan baru yang megah dan ceria SJK (T) Desa Cemerlang memiliki suasana yang kondusif seperti pondok bacaan, padang badminton, kolam ikan, tapak perhimpunan dan tempat meletak kereta. Kini STDC sedang berusaha untuk menaik taraf sekolah untuk menjadi sekolah Bantuan Penuh dengan bantuan PIBG dan Pengerusi Pembangunan STDC.